![]() |
TENTU SEMUA ORANG MENGHARAPKAN PERTEMUAN KELUARGA KITA SI SURGA^^AMEEN untuk semua! |
Di suatu pagi khamis yang mendamaikan..
Aku sedang
berusaha keras untuk menghabiskan bacaanku untuk test Malaysian Studies yang
bakal kuhadapi petang esok. Pelbagai cara dilakukan untuk mengelakkan kelopak
mataku untuk terus tertutup dan tertutup. Sekali sekala aku membaca di atas
belajar ku,sekali sekala aku terbaring di katil, sekali sekala aku meniarap di
lantai. Setiap 10 minit, aku pergi bilik akhwat lain dengan tujuan untuk menyegarkan
minda. Aku tidak pasti keefektifan pembelajaran ku ini. Bak kata seorang akhwat
, “Yang penting usaha, bagaimana natijahnya itu tidak penting”. Namun ,kadangkala
ku terkalah juga dan berada di alam yang lain untuk beberapa ketika. Bukannya
aku tidak meminati sejarah, bahkan aku adalah antara pelajar yang sering
mendapatkan markah tertinggi untuk subjek sejarah ketika di bangku sekolah dahulu.
Cuma bagiku, sejarah itu bukan untuk dihafal tetapi untuk diambil pelajarannya.
Aku tidak pasti di mana silapnya, tapi guru-guru yang mengajar subjek sejarah
yang pernah ku temui semuanya hanya mengajar demi orientasi peperiksaan. Syarat-syarat
perjanjian,tarikh, nama sebenar, dan sebagainya yang terus dihafal dan dihafal
tanpa digali pengajarannya untuk diambil iktibar.
setengah-setengah
orang kata,
sejarah
ini ibarat pentas bermain wayang
cerita-cerita
lampau
dihurai,
dipanjang-panjangkan
bila
tamat, diulang...dan
diulang...ulang
kembali
itulah
sejarah
(petikan
daripada puisi syed naquib al attas)
Sedang aku terus berusaha
menghabiskan bacaan, tiba-tiba handphone Nokia C5(boikot ni )ku berbunyi, aku
langsung menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, cu”
“waalaikumussalam.”
“ha, cu nape?”
“mak ada bagitau kakak Kema
apa-apa?”
*kakak Kema=panggilan saudara mara sebelah ibu untuk ku
“takdek pape lak, nape cu?”
fikiranku mula membuat pelbagai
andaian.
“abang accident,jatuh moto!”
“innalillahiwailahirajiun. abang sape
cu?”
Aku mula kekagetan.
“abang kau la. Kalau abang orang
lain, buat apa cu bagitahu kau..”
“abang nizam ke?astaghfirullah!accident
ape? Dia langgar ape cu?macamana leh accident? ”
“cu pun tak tahu sangat. Cu pun
tahu daripada pakcu ni. Kau telefon la sendiri mak kau.”“o ok cu. Terima kasih cu. Nanti saya telefon mak. Kalau ada apa-apa maklumat, cu inform la saya yer.”
“inshaallah.”
Dengan segera aku menelefon ibuku.
“assamulaikum mak”
“waalaikumussalam”“abang accident ke?”
“ha ah…..”
Maka dia menceritakan kisah
bagaimana abangku boleh accident daripada awal sampai akhir.
“ abang macamana sekarang?”
“tu la mak pun tidak pasti lagi. Sebaik ada abang izham kau, dia la yang
uruskan semua.”
“Alhamdulillah. Akak telefon abang
izham tapi tidak diangkat. Sibuk kot menguruskan semua."
“ye la tu, abang nizam sekarang ni
di PPUM. Petang nanti abah dan mak akan turun kl untuk jenguk dia,”
Dipendekkan cerita, pada malam hari
yang sama aku menelefon ibu ku sekali lagi untuk mengetahui perkembangan semasa
abang sulungku itu.
“macamana dengan abang,mak?”
“macam tu la,” jawab emak dengan
selamba.
“ok ke dia?”
“hurm, muka dia yang teruk. Cuma patah
hidung. Muka dia habis dijahit. Dah tak Nampak macam muka dia. Nak cakap pun
tak larat.”
Hatiku mula sayu. Perasaan ingin
melihatnya membuak-buak. Namun ku tahan perasaan itu.
“owh ye ker. Semoga abang cepat
sembuh. Akak akan turun kl hujung minggu ni, ada urusan. Akak ingat boleh la
ziarah abang kalau abang masih di PPUM.tapi takpek la,”
“kalau macam tu, kau balik la rumah
terus,”
“tak sempat kot mak. Ha mak! Nanti mak
suruh abang tangkap gambar muka abang nizam dan emel pada akak ea!”pesan ku sambil ketawa kecil.
“ko bila nak balik?sudah lama tidak
balik rumah..”
Alamak,ini adalah part yang paling
lemah.
“nanti inshaallah lepas exam dalam
4-5 minggu lagi ,akak balik yer mak,”
“hurm,ikut ko la..”
………………………….
Jawapan yang sama diberikan emak
apabila aku menyatakan aku tidak dapat pulang ke rumah.
Aku pula? Sentiasa berusaha keras
meneguhkan dan mengeraskan hati serta mengingatkan diriku dengan surah 9 ayat
24.
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan
isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda
yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-
rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada)
berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan
keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada
orang-orang yang fasik.
Fikiranku mudah.
Jika aku tidak turun ke syuro
tersebut, maka tiada yang akan menggantikan untuk menggalas amanahku kerana
yang lain juga mempunyai komitmen yang
lain.
Tapi jika aku tidak turun menziarahi
abangku, abangku masih punya emak, abah ,adik –adik untuk menjaganya.
Mudahkan?
Mudah untuk menyatakannya, tetapi
bukan mudah untuk melaksanakannya…
Sudah hampir 3 bulan aku tidak balik ke rumah,
walaupun banyak cuti yang diberikan pihak universiti. Namun, setiap kali cuti
itu jugalah, komitmen dakwah datang memanggilku. Jelas sekali pilihannya yang
mana satu.DAKWAH.
Adalah satu pendustaan jika kalian
mengatakan aku tidak merindui keluargaku.
Adalah satu penghinaan jika kalian
mengatakan aku mengabaikan keluargaku. Bahkan mereka menjadi antara salah satu
faktor aku terus bertahan di jalan dakwah ini..
Wahai
orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka
yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(SURAH 66 AYAT 6)
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(SURAH 66 AYAT 6)
Kerana
itulah aku sering menelefon mereka. walaupun tidak kerap berjumpa, namun mereka
terus aku doakan di penghabisan solatku. Ihfazillah yahfazka…
Semoga
dengan membantu agama Allah, Allah akan membantuku menjaga keluargaku..
nah, tentu para sahabat lagi dugaan nya apabila harus meninggalkan isteri dan anak-anak tercinta demi memenuhi panggilan jihad.
Aku sangat mencintai keluargaku..
Hanya selepas ALLAH ,RASUL dan
DAKWAH..