Wednesday, May 16, 2012

makcik cleaner itu.

syukuri nikmat Allah pada dirimu
                Jam sudah menunjukkan jam 10 pagi. sinar mentari mula membahang wajahnya.
Mak Nap berehat seketika di stor kecil di hujung bangunan sekolah. Asalnya, tempat itu adalah tempat untuk menyimpan penyapu,baldi dan barang-barang pembersihan yang lain. Namun, dia telah menyusun atur dan membersihkan bilik itu sehingga menjadi tempat beristirehatnya. Dia sudah biasa dengan sikap pihak sekolah yang tidak menyediakan tempat rehat untuk tukang cuci sepertinya. Menurut mereka, "takut makcik-makcik cleaner ni nanti curi tulang ". Mungkin ada benarnya,tetapi tidak wajar jika kerana nila setitik ,rosak susu sebelanga. Bukan semua bersikap demikian. Tambahan pula,tahun ini umur Mak Nap sudah mencecah 5o tahun. Selama Mak Nap berkhidmat sebagai tukang cuci di mana-mana sekolah, tidak pernah ada aduan berkenaan kerjanya. Katanya,"Takut tak berkat,nanti yang merasa anak-anak. tak nampak sekarang,nnti nampak hari kemudian."
                Setelah berehat dalam lebih kurang 10 minit,dia menyambung kerjanya. Ada lagi tiga tingkat yang harus dibersihkannya termasuk tandas dan pelajar dan gurunya. Dia masih ingat ketika dia baru bergelar "makcik cleaner" 10 tahun dahulu, dia akan muntah-muntah setiap kali mencuci tandas pelajar. Terlalu hancing. ada yang tidak flush dan membiarkan najis dalam mangkuk tandas begitu sahaja. Namun itu 10 tahun dahulu, dia sudahpun lali dengan perkara sedemikian. Tidak kira juga dengan sikap segelintir guru yang menyuruhnya membersihkan bekas asahan pensil,bersihkan langsir kelas, buat air dsb . Namun Mak Nap tidak pernah mengeluh walaupun itu bukan dalam bidang tugasnya. Katanya, "Mak kira membantu je la". Setelah selesai menyapu dan membuang sampah di tingkat dua bangunan itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

"Hello,Assalamualaikum," 
"Waalaikumussalam mak.Abang ni."
"Oh abang,kenapa ? kau sihat?"
"Sihat mak. Macam ni mak..hii,duit belanja abang dah habis.nanti mak tolong bank in bleh?"
"abang,bila kau nak habes belajar. mak dah takdek duit sangat ni.kau pun tau kan mak ni dah la tak sihat sangat. nak kerja ni pun dah tak larat.paham la sikit"
"abang tahu mak. tapi nak wat cane,subjek ni susah sikit mak. K la nanti mak masuk kan duit ea."
"ya la,nanti aku masukkan."

Mak Nap mengurut dadanya. Dadanya terasa sesak. Mungkin terkesan dengan panggilan tadi. Dia tidak tahu mahu kata apa lagi. Dia meneruskan kerjanya. 

Jam sudah menunjukkan jam 2 petang. waktu kerja nya berakhir. Dia menghidupkan enjin motosikalnya dan bergegas ke pasaraya TF. Ditambah pula dengn keadaan motosikalnya yang hanya boleh ditunggang dengan kelajuan 50km sejam .Jika lebih,gegaran akan mula terasa dan pasti sesuatu akan terjadi pada motosikalnya. Setibanya di TF, dia akan terus ke bahagian barang-barang basah seperti biasa. Di bahagian itu,dia akan mencari bahan-bahan mentah yang murah tetapi berkhasiat untuk keluarganya. Staf Bangla di situ pun sudah kenal dengan Mak Nap kerana Mak Nap sering bertanya" ini hari ada ayam murah ka?". Hari ini Mak Nap teringat sudah lama dia tidak belikan buah-buahan untuk anak-anaknya. Dia menyeluk kocek seluarnya yang agak lusuh. Ada berbaki rm7. Dia mencari-cari  mana-mana buah yang harganya cukup dengan duit yang dia ada. Nah,ada buah epal di hujung sana. Dia terus memilih buah epal yang elok-elok. Setelah itu, dia membayar di kaunter dan pulang ke rumahnya.
           Setibanya dia di rumah,dia memicit hon motosikal sekuat-kuatnya agar ada yang membukakan pintu pagar rumah untuknya. Anak perempuannya keluar rumah dan membukakan pintu pagar untuknya.
"Mak beli apa hari ini?"
"Nah bawa ni ke dapur,nanti busuk pula ayamnya,"
"yeay ,ada buah!"
Mak Nap tersenyum melihat gelagat anaknya. Seperti biasa,setibanya di rumah dia akan terus mandi dan makan tengahari. Lauk pauk sudah dimasaknya pukul 5 pagi tadi. Jika dia tidak sempat, dia akan bergegas pula untuk memasak sekembalinya dari kerja. Setelah itu, dia akan tidur untuk mengembalikan semula tenaganya.Maklumlah, kudratnya habis untuk komitmen pekerjaannya dari jam 8 pagi hingga 2 petang tadi.
             Apabila Maghrib menjelma, dia akan meminta bantuan suaminya untuk menyuntik insulin di bahagian perutnya. Itu adalah rutin biasa Mak Nap sejak 2 tahun lalu semenjak disahkan mempunyai darah tinggi yang kritikal dan kencing manis. Suaminya yang berkhidmat sebagai penyelia bahagian keselamatan itu lah yang menjadi penyuntik setia Mak Nap kerana Mak Nap tidak berani menyuntik sendiri.

            Setelah itu Mak Nap melihat wang simpanannya,demi panggilan siang tadi.. Sudah tidak banyak lagi yang tinggal. Dia membuka almarinya dan mencari-cari tapeware yang disimpan di celah-celah kain. Di situ dia menyimpan rantai dan cincin emasnya. Dia membuka tapeware itu dan merenungnya rantai nya lama-lama. Barangkali teringat nostalgia bersama rantai itu. Dia menguatkan hati dan terus meletakkannya dalam beg kerjanya. Esok selepas kerja dia berazam untuk membawanya ke Ar-Rahnu.. Dia tidak mahu fikir panjang,anak-anaknya lebih utama di hatinya....termasuk la saya...
--------
Sometimes dalam hidup ini, kita banyak mengeluh dan tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tahukah kita di sekeliling kita ada ramai lagi yang tidak bernasib baik. La Yukallifullah Hu Nafsan Illa Wus'aha.. belajar untuk rasa syukur pada Allah.


Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku aKan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya
[fussilat ayat 49 dan 50]







No comments:

Post a Comment