Sunday, August 19, 2012

diari seorang anak

Dia menyaksikan segala-galanya.
segala keperitan
segala tangisan

Dia mendengar segala-galanya
segala penderitaan

Dia dijadikan tempat mengadu
Bezanya dahulu secara langsung berhadapan
kini hanya melalui jaringan telekomunikasi
Namun penderitaan tetap dirasai

rintihan seorang isteri dan juga seorang ibu.
Apabila cinta diduakan sang suami
ia bukan sekali,
sudah diberi peluang,masih berbuat lagi..

sebagai anak, dia sangat tidak mengerti apa lagi yang dipertahankan wanita itu.

anak-anak kah?
harta kah?
bukannya dia tidak sayang kepada sang ayah,
dia tidak benci,
cumanya dia tidak mahu ibunya menangis lagi.
hatinya tawar dengan sang ayah.
syukur dengan nikmat tarbiyah yang dia ada, mungkin dengan sedikit iman yang dimiliki,
Dia masih boleh berfikir waras dan rasional

Pernah juga diajukan kepada wanita itu, tentang kemusykilannya itu
jawapannya mudah...
Demi sebuah keluarga yang sempurna.
Demi  anak-anak..

Namu apalah gunanya kesatuan keluarga itu ,
jika saban hari disulami dengan pertengkaran
jika saban hari ada yang bermasam muka
setiap hari ada yang tidak berpuas hati.

anak-anak melihat segala-galanya.
sejak kecil sehinggalah dewasa.
Dia melihat sang ibu bertungkus-lumus membanting tulang walaupun badannya lemah dan sakit-sakit.
sama juga dengan si ayah.


Apabila bukan lagi cinta yang meniti di hati masing-masing,
Apabila mencintai pasangan melebihi Allah,Rasul dan jihad.
Apabila niat berkasih sayang bukan kerana Allah, tapi kerana material atau anak-anak,
keluarga akan hambar..

Kepada pasangan suami isteri, ibu bapa yang membaca coretan ini.
mahupun kepada pasangan yang bakal menikah, perhalusilah rumah tangga kalian  dengan cahaya keimanan.

sebagai anak, kami tidak perlukan duit poket yang banyak,juga kereta yang besar, atau rumah yang besar,makanan yang lazat,dsb
Kami perlukan perhatian dan kasih sayang kalian. Yang paling penting, kami mahukan cahaya keislaman ditegakkan dalam rumah kami.


“Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan darinya Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.”

(an Nisa’ : 1)

No comments:

Post a Comment