Sunday, March 24, 2013

AKU SANGAT MENCINTAI KELUARGAKU

TENTU SEMUA ORANG MENGHARAPKAN PERTEMUAN KELUARGA KITA SI SURGA^^AMEEN untuk semua!

Di suatu pagi khamis yang mendamaikan..

Aku sedang berusaha keras untuk menghabiskan bacaanku untuk test Malaysian Studies yang bakal kuhadapi petang esok. Pelbagai cara dilakukan untuk mengelakkan kelopak mataku untuk terus tertutup dan tertutup. Sekali sekala aku membaca di atas belajar ku,sekali sekala aku terbaring di katil, sekali sekala aku meniarap di lantai. Setiap 10 minit, aku pergi bilik akhwat lain dengan tujuan untuk menyegarkan minda. Aku tidak pasti keefektifan pembelajaran ku ini. Bak kata seorang akhwat , “Yang penting usaha, bagaimana natijahnya itu tidak penting”. Namun ,kadangkala ku terkalah juga dan berada di alam yang lain untuk beberapa ketika. Bukannya aku tidak meminati sejarah, bahkan aku adalah antara pelajar yang sering mendapatkan markah tertinggi untuk subjek sejarah ketika di bangku sekolah dahulu. Cuma bagiku, sejarah itu bukan untuk dihafal tetapi untuk diambil pelajarannya. Aku tidak pasti di mana silapnya, tapi guru-guru yang mengajar subjek sejarah yang pernah ku temui semuanya hanya mengajar demi orientasi peperiksaan. Syarat-syarat perjanjian,tarikh, nama sebenar, dan sebagainya yang terus dihafal dan dihafal tanpa digali pengajarannya untuk diambil iktibar.  

setengah-setengah orang kata,

sejarah ini ibarat pentas bermain wayang

cerita-cerita lampau

dihurai, dipanjang-panjangkan

bila tamat, diulang...dan

diulang...ulang kembali

itulah sejarah

(petikan daripada puisi syed naquib al attas)

Sedang aku terus berusaha menghabiskan bacaan, tiba-tiba handphone Nokia C5(boikot ni )ku berbunyi, aku langsung menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum, cu”
“waalaikumussalam.”
“ha, cu nape?”
“mak ada bagitau kakak Kema apa-apa?”
*kakak Kema=panggilan saudara mara sebelah ibu  untuk ku
“takdek pape lak, nape cu?”

fikiranku mula membuat pelbagai andaian.
“abang accident,jatuh moto!”

“innalillahiwailahirajiun. abang sape cu?”
Aku mula kekagetan.

“abang kau la. Kalau abang orang lain, buat apa cu bagitahu kau..”

“abang nizam ke?astaghfirullah!accident ape? Dia langgar ape cu?macamana leh accident? ”
“cu pun tak tahu sangat. Cu pun tahu daripada pakcu ni. Kau telefon la sendiri mak kau.”

“o ok cu. Terima kasih cu. Nanti saya telefon mak. Kalau ada apa-apa maklumat, cu inform la saya yer.”

“inshaallah.”

Dengan segera aku menelefon ibuku.

“assamulaikum mak”
“waalaikumussalam”

“abang accident ke?”

“ha ah…..”

Maka dia menceritakan kisah bagaimana abangku boleh accident daripada awal sampai akhir.
“ abang macamana sekarang?”
“tu la mak pun tidak pasti lagi. Sebaik ada abang izham kau, dia la yang uruskan semua.”
“Alhamdulillah. Akak telefon abang izham tapi tidak diangkat. Sibuk kot menguruskan semua."
“ye la tu, abang nizam sekarang ni di PPUM. Petang nanti abah dan mak akan turun kl untuk jenguk dia,”
Dipendekkan cerita, pada malam hari yang sama aku menelefon ibu ku sekali lagi untuk mengetahui perkembangan semasa abang sulungku itu.
“macamana dengan abang,mak?”
“macam tu la,” jawab emak dengan selamba.

“ok ke dia?”
“hurm, muka dia yang teruk. Cuma patah hidung. Muka dia habis dijahit. Dah tak Nampak macam muka dia. Nak cakap pun tak larat.”

Hatiku mula sayu. Perasaan ingin melihatnya membuak-buak. Namun ku tahan perasaan itu.
“owh ye ker. Semoga abang cepat sembuh. Akak akan turun kl hujung minggu ni, ada urusan. Akak ingat boleh la ziarah abang kalau abang masih di PPUM.tapi takpek la,”

“kalau macam tu, kau balik la rumah terus,”
“tak sempat kot mak. Ha mak! Nanti mak suruh abang tangkap gambar muka abang nizam dan emel pada akak ea!”pesan ku sambil ketawa kecil.

“ko bila nak balik?sudah lama tidak balik rumah..”
Alamak,ini adalah part yang paling lemah.

“nanti inshaallah lepas exam dalam 4-5 minggu lagi ,akak balik yer mak,”

“hurm,ikut ko la..”

………………………….

Jawapan yang sama diberikan emak apabila aku menyatakan aku tidak dapat pulang ke rumah.

Aku pula? Sentiasa berusaha keras meneguhkan dan mengeraskan hati serta mengingatkan diriku dengan surah 9 ayat 24.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik.


Fikiranku mudah.

Jika aku tidak turun ke syuro tersebut, maka tiada yang akan menggantikan untuk menggalas amanahku kerana yang lain juga  mempunyai komitmen yang lain.

Tapi jika aku tidak turun menziarahi abangku, abangku masih punya emak, abah ,adik –adik untuk menjaganya.

Mudahkan?

Mudah untuk menyatakannya, tetapi bukan mudah untuk melaksanakannya…

 Sudah hampir 3 bulan aku tidak balik ke rumah, walaupun banyak cuti yang diberikan pihak universiti. Namun, setiap kali cuti itu jugalah, komitmen dakwah datang memanggilku. Jelas sekali pilihannya yang mana satu.DAKWAH.

Adalah satu pendustaan jika kalian mengatakan aku tidak merindui keluargaku.
Adalah satu penghinaan jika kalian mengatakan aku mengabaikan keluargaku. Bahkan mereka menjadi antara salah satu faktor aku terus bertahan di jalan dakwah ini..

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.(SURAH 66 AYAT 6)


Kerana itulah aku sering menelefon mereka. walaupun tidak kerap berjumpa, namun mereka terus aku doakan di penghabisan solatku. Ihfazillah yahfazka…

Semoga dengan membantu agama Allah, Allah akan membantuku menjaga keluargaku..
nah, tentu para sahabat lagi dugaan nya apabila harus meninggalkan isteri dan anak-anak tercinta demi memenuhi panggilan jihad.
Aku sangat mencintai keluargaku..

Hanya selepas ALLAH ,RASUL dan DAKWAH..


baru beli buku ini dengan voucher rm250^^
 

 

 

 

 

 

 

1 comment:

  1. FArahim setuju dengan post nie....

    semoga dengan membantu agama Allah, Allah akan membantuku menjaga keluargaku.. ameen ^_^

    ReplyDelete