Wednesday, January 18, 2012

Pendidikan Seks Kepada Anak-Anak(BHG 1)


Assalamualaikum,

Sebenarnya,buku ini dipinjam daripada perpustakaan berhampiran rumah saya kerana pada mulanya saya ingin tahu apa yang harus diberitahu kepada adik perempuan saya yang baru sahaja akil baligh. akhirnya saya menemukan buku TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN SEKS MENURUT ISLAM yang ditulis oeh Dr Abdullah Naseh Ulwan.

Pendidikan Seks?
Bunyinya agak kontroversi. bagaimana yang dikatakan pendidikan seks menurut islam. Ia adalah mengajar anak-anak ,memberi kesedaran dan berterus-terang dengan mereka sejak mereka mampu berfikir tentang permasalahan yang berhubung kait dengan seks,rangsangan dan apa-apa yang bersangkut paut dengan perkahwinan

Wah,begini rupanya islam. dalam hal-hal sebegini, tidak perlu berselindung atau malu-malu untuk berterus terang dengan anak-anak supaya semua lebih jelas. Sebelum anak-anak mendapat tahu erti Seks daripada medium yang tidak sepatutnya seperti movie,novel dan sebagainya, ibu bapa harus menjelaskan terlebih dahulu.(kerana itu kursus rumah tangga sahaja tidak cukup, ibu bapa harus tahu dan arif tentang cara pendidikan anak-anak dengan baik dan islamik). jika tidak dibimbing dengan baik,gejala yang kita lihat sekarang ini seperti seks bebas,zina,seks songsang akan semakin melarat dan dipandang biasa dalam kalangan remaja . 

Ada beberapa tahapan dalam pendidikan anak-anak yang perlu diberi perhatian,

  • sekitar 8-10 tahun (anggaran umur mumaiyiz) : anak-anak diajar tentang adab meminta izin dan menjaga pandangan.
  • sekitar 10-14 tahun(dikira remaja) : anak-anak dijauhi dari sebarang perkara yang boleh menimbulkan rangsangan(spt novel cinta antara bukan muhrim,drama cinta etc)
  • sekitar 14-16 tahun(range akil baligh) : anak-anak diajar adab-adab yang berkaitan dengan hubungan seks sekiranya sudah bersedia mendirikan rumah tangga
  • usia dewasa : anak-anak diajar bagaimana menjaga kehormatan diri jika masih belum mampu berumah tangga
menurut saya,range umur yang diberikan di sini adalah secara purata yang dikaji penulis. Mungkin ibu bapa harus bijak dalam menganalisa anak-anak dan tahap kematangan mereka(sejauh mana mereka boleh menerima penerangan dan nasihat ibu bapa). 

ada beberapa bab yang dibincangkan dalam buku ini .Antaranya :

  • Adab-Adab Meminta Izin 
  • Adab-Adab Memandang
  • Menjauhi Pengaruh Seks
  • Medium Pengislahan
  • Mengajar Tentang Usia Remaja dan Aqil Baligh
  • Perkahwinan dan Hubungan Seksual
  • Menjaga Kesucian Diri Apabila Tidak Mampu Berkahwin
  • Adakah Harus Berterus terang Kepada Anak-anak Tentang Seks

Adab-Adab Meminta Izin

(an-nur: 48-49)

Pendidik perlu menjelaskan kepada anak-anak ada 3 keadaan 


  • Sebelum solat fajar kerana pada ketika tersebut manusia masih tidur di atas katil mereka
  • Pada waktu zohor kerana ketika itu kebiasaanya orang menanggalkan baju mereka
  • Selepas Isyak kerana ini adalah waktu tidur dan rehat
Adab-Adab Memandang

"Haish,takkan la nak pandang sapa-sapa ,orang ni boleh ka orang ni tak boleh ka, takkan tu pun nak kene habaq. pandai-pandai la dorang. Common sense!" Makcik Baik merungut.

"makcik pakcik, boleh kalau taknak habaq ngn diorang ni,tapi nanti kalau mata dorang dok tengok mende tak elok,dok tgk pompuan seksi,dok pikiaq bukan-bukan,makcik pakcik jangan salah saya na. saya dah habaq awai-awai. islam yang pesan gitu..saya sampaikan ja!" jawab Cik Adik Manis dengan penuh kesabaran.(kalau Sense of Faith, it's ok. Kalau Sense of Lust, habis la)

hah. lihat betapa sempurnanya islam. Rasulullah berpesan pada kita agar menundukkan pandangan agar hati kita dan segala-galanya lebih terjaga.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud
"Pandangan adalah antara panahan iblis,sesiapa yang meninggalkan pandangan tersebut kerana takutkan-Ku maka akan Ku gantikan dengan keimanan yang dia akan dapat rasakan kemanisannya dalam hatinya."

Iman Ahmad dan Ibn Hibban meriwayatkan dalam kitab sahih mereka, daripada Ubadah Ibn Samit, Rasulullah bersabda
"Peliharalah 6 perkara dalam diri kamu nescaya aku akan menjamin surga untuk kamu : Bercakap benar apabila berbicara,apabila berjanji dia tepati,menjaga amanah apabila diberi amanah,menjaga kemaluan, MENUNDUKKAN PANDANGAN, dan menjaga tangan mu."

Jarir r.a berkata,
"Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang pandangan yang tidak disengajakan ,maka jawab Baginda:"PALINGKAN PANDANGAN MU."
(riwayat muslim dan tarmidzi)

Rasulullah turut bersabda
"Tiga MATA yang tidak melihat api neraka, MATA yang berwaspada di jalan Allah, MATA yang menangis kerana takutkan Allah dan MATA yang terpelihara daripada apa yang diharamkan Allah"

Dalam bab ini dijelaskan 
1. adab memandang mahram
2.adab melihat tunang
3.adab melihat isteri 
4.adab melihat wanita ajnabi
5.adab sesama jantina
6.adab wanita bukan islam memandang wanita islam
7. adab melihat remaja yang tampan rupa paras(whoa,yang ini pun ada *_*!)

namun, ada keadaan darurat yang diharuskan pandangan. Antaranya,

1. Memandang untuk tujuan meminang
   Imam Muslim dan Nasa'ie meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi dan memberitahu bahawa dia ingin mengahwini seorang wanita ansar. Rasulullah SAW bertanya,"Adakah anda melihatnya?" Dia menjawab,"Tidak." Maka Rasulullah bersabda,"Lihatlah kepadanya.Sesungguhnya pada mata orang-orang Ansar ada sesuatu." Iaitu mata orang-orang Ansar itu kecil.

Namun ada adab yang perlu dipelihara oleh si jejaka ketika melihat tunangnya:
i) Tidak harus memandang bakal tunang melainkan pada wajah dan tapak tangan setelah benar-benar berazam untuk mengahwininya.
ii) Harus mengulangi pandangan jika perlu sehingga wajahnya benar-benar jelas dan tergambar di benak.
iii) Harus berbicara dengannya pada masa pertemuan
iv) Haram berjabat tangan dengannya
v) Tidak boleh bertemu dengan bakal tunang melainkan ada bersamanya mahram,kerana Islam mengharamkan bersunyi-sunyian dengan ajnabi

Rasulullah pernah bersabda
"Seorang lelaki tidak boleh berkhalwat(sunyi-sunyian)  dengan seorang wanita,wanita juga tidak boleh bermusafir melainkan dengan ditemani dengan mahramnya"
hr muslim dan bukhari
2. Memandang untuk tujuan mengajar

Dengan syarat:

  • Ilmu yang dipelajari mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat
  • Hendaklah pada batas ikhtiasnya seperti mengajar teknik bersalin atau ilmu kejururawatan
  • Tidak dikhuatiri memandang ke wajahnya menimbulkan fitnah
  • Pengajaran tidak membawa kepada keadaan bersunyi-sunyi antara mereka
3. Memandang bagi tujuan rawatan (untuk para doktor khasnya)

Doktor(lelaki) yang merawat wanita(ajnabi) perlu memenuhi beberapa syarat:

  • Doktor hendaklah bertakwa,amanah,adil selain memiliki kepakaran serta pengetahuan dalam bidangnya.
  • Tidak mendedahkan anggota wanita melainkan sekadar yang perlu
  • Tiada wanita lain yang mampu mengambil alih tugas tersebut dan tidak memiliki pengetahuan dan ikhtisas tentangnya
  • Ketika merawat, hendaklah ada mahramnya seperti suami,saudara dsb
  • Sebaik-baiknya doktor ysng beragama Islam
  • Tidak ada kaum wanita yang mampu mengajarkan ilmi tersebut menggantikan lelaki
Saya masih teringat seorang kisah realiti di mana seorang wanita Muslim yang bukan dari keluarga yang senang, sanggup menggadaikan gelang emas kesayangannya demi mendapatkan perkhidmatan hospital swasta saat melahirkan anak nya(semata-mata kerana ingin request doktor perempuan). Semoga sahaja Allah dapat meredhai wanita itu.

4. Melihat dengan tujuan penghakiman dan persaksian(di mahkamah)



Menjauhi Pengaruh Seks

Teknik ini perlu dilaksanakan daripada 2 aspek:
i) Tanggungjawab kawalan dalaman 
ii) Tanggungjawab kawalan luaran

insyaallah nanti saya akan sambung dalam pendidikan seks kepada anak-anak bahagian 2



No comments:

Post a Comment