Saturday, May 19, 2012

Tok Gajah yang Merindui Sang Maharaja



Hembusan pagi ini dingin.  Safa menggapai sweater coklat yang dihadiahkan abangnya dan menyarungkannya di badan. Tiba-tiba hatinya sayu. Dia merindui suasana kampusnya , suasana dikelilingi akhwat-akhwat tercinta. Bi’ah yang solehah. Makan dalam dulang.  Merempit ke tempat program. Berhalaqah bersama akhwat. Masjid An-Nur turut dirinduinya. Perasaan ketika berada di rumah Allah itu sangat tenang dan bisa membuatkannya semakin taqarrub dengan Sang Maha Pencipta.
Sementara di rumahnya…
Safa menghela nafas panjang. Dia bangun dari katilnya. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke bilik abangnya. Masih tidur. Dia ke dapur. Ibu sudah pun menyiapkan sarapan pagi,sekali untuk makan tengahari. Dia menjamah sedikit roti telur yang disiapkan ibunya lalu terus ke depan rumah. Rutin biasa dilakukan. Basuh baju,jemur baju, kemas rumah, dan lipat kain. Sedang Safa menyapu rumah, kebosanan mula menjengah dirinya. Dia menghidupkan suis computer di rumahnya. Apabila skrin computer sudah bersedia untuk berkhidmat, dia menggerakkan tetikus dan mencari folder lagu dalam computer tersebut.Malangnya,lagu – lagu yang diharapkan untuk menjadi halwa telinga pagi itu tidak ada. Yang ada hanyalah folder
FOLDER LAGU CINTAN
FOLDER LAGU NAJWA LATIF
FOLDER LAGU KOREA
FOLDER LAGU INGGERIS
Setelah meneliti setiap folder,akhirnya dia menemukan lagu-lagu INDONESIA YANG AGAK ISLAMIK dalam computer rumahnya itu. Dia yakin dan pasti ini mesti kerja adik nya yang memasukkan lagu-lagu sedemikian rupa dalam computer itu. Lantas dia klik CTRL+A pada lagu ala-ala islamik itu dan PLAY. Safa meneruskan rutinitas hariannya sambil mendengar lagu-lagu yang dipasangnya itu. Sedang asyik melayan perasaannya,tetiba handphonenya berbunyi. Tanda mesej baru masuk. Safa mengambil handphone yang berada di dalam bilik dan membaca mesej tersebut.
Dari : SINA HUITM
Mesej: Salam Faa, ko ada kat rumah ke? Aku dengar ko nak balik esok dah. Aku baru ingat nak share2 dengan kau.
Ya Allah ,macamana aku boleh lupa nak text si Sina sepanjang berada di rumah seminggu ni?(Safa bermonolog dalam hatinya).
Dia membalas.
Mesej: Wassalam,sina. Maaf weyh aku tul2 lupa nak
      contact ko.Bole2,malam ni nak kat masjid desa damai?
Malam itu, Safa menjemput Sina di rumahnya dan menuju ke masjid berdekatan dengan rumah mereka. Mereka menyempurnakan solat Maghrib mereka secara berjemaah di rumah yang mulia itu. Perasaan rindu safa terubat. Ini bukan masjid An-Nur . Tapi perasaannya lebih kurang sama ketika dia beribadah di sana. Masjid ini tidak lah sebesar atau secantik Masjid An-Nur. Selepas mendengar kuliah Maghrib yang menceritakan tentang Nabi Musa dan kaumnya, sekali lagi rindunya terubat.
Safa terkedu . Dia mula memikir-mikir. Dia bukan di UTP. Bukan juga Masjid An-Nur. Bukan dalam daurah. Bukan dikelilingi para akhwat. Malah jauh daripada semua itu. Dia bersama seorang sahabat,di sebuah masjid yang agak usang. Tetapi perasaan rindunya terubat. Dia bermuhasabah diri. Tanpa disedari ,sebenarnya yang dirindui selama dia berjauhan dari kampusnya itu




bukan lah akhwat






bukan masjid An-nur







bukan juga kampusnya







bukannya daurah,rehlah,jaulah...





Yang dirinduinya itu adalah


Pencipta kepada semua itu

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(surah al-imran ayat 191)

Ya! Yang dirindui itu adalah Allah SWT.

Kerana apa dia merasakan dirinya begitu merindui para akhwat sekalian, kerana ketika bersama akhwat..

ada yang akan mengingatkannya untuk menjaga tilawahnya

ada yang akan mengejutkannnya untuk bangun qiamulail

ada yang akan menegahnya apabila tangannya gatal ingin membeli barang boikot

ada yang akan menegurnya apabila dia ingin melayan lagu-lagu lagha atau melayan drama-drama indonesia kegemarannya

kesimpulannya satu, dia SEMAKIN DEKAT dengan Allah.

semakin jauh atau semakin dekat?

Namun, apabila berjauhan, adakah dia semakin jauh dengan Rabbul Izzati?

Begitu juga kita…

Adakah keberadaan di rumah menjadi alasan untuk dirinya tidak melepasi mutabaah?

Apakah kejauhan dari kampus menjadi alasan untuk menonton drama-drama yang tidak bermanfaat di kaca televisyen?

Sampai bilakah alasan berada di rumah itu akan menjadi alasan untuk kita semakin jauh dengan Allah?
Tepuk dada,Tanya iman kita.

Ayuh Tanya pada diri kita sendiri(terutama diri yang sedang menaip ini)

1.   Agak-agak selama di rumah, pernah tak kita ajak adik,abang,akak,mak,ayah solat berjemaah bersama? Mengaji bersama?

2.  Ada tak dalam perancangan tahunan kita untuk mengadakan taklim keluarga?

3.  Pernah tak cuba download/offer zikir-zikir munajat atau bacaan ayat al-quran atau pengisian ustaz2 dalam computer rumah ke? Atau computer abang/kakak?

4.  Pernah tak kejut keluarga kita untuk bangun subuh atau qiamulail?

5.  Pernah tak sharing2 kelebihan solat sunat dhuha dan minta mereka praktikkan?

6.  Pernah tak share2 dengan adik2 tentang sirah nabawiyah?

7.  Pernah tak menegur adik-beradik yang tidak solat degan hikmah?

8.  Pernah tak menyelitkan unsur-unsur islamik ketika berbual-bual dengan mak ayah atau adik-beradik kita yang lain?

Mungkin ada banyak lagi persoalan-persoalan lain yang tidak saya utarakan di sini.

Jujur saya katakan saya sering mendengar keluh kesah ikhwah akhwat apabila cuti semester tiba,termasuk saya sendiri. Kesah kerana akan berada di rumah dalam waktu yang panjang. Kesah takut tidak dapat menjaga mutabaah. Kesah takut tidak dapat program kerana tidak mendapat keizinan ibu bapa apabila di rumah. Itu normal,ikhwat wa akhwat sekalian. Walaubagaimanapun, sampai kapan harus kita begini? Jadikan lah term “rumahku surgaku” itu di rumah kita. Jangan khuatir seberapa lama prosesnya, yang penting berusalah semampu kita. Terus lah berdoa dan berusaha. Penilaian Allah tidak sama dengan penilaian manusia. Kerana orientasi manusia pada hasil tetapi Allah melihat pada usaha.
 Kadang kala kita selalu rungsing bagaimana untuk melobi keluarga untuk nikah awal. Tanpa kita sedari, keluarga kita dahulu yang paling utama-utama perlu diajak berislam dengan sepenuhnya. Beri kefahaman dahulu dengan islam yang sebenarnya.cuba sama-sama bayangkan, jika kita sudah menikah nanti,kita sudah ada tanggungjawab besar yang lain. Bagaimana dengan keluarga kita nanti?  Di sini saya tidak menyatakan tidak penting untuk melobi keluarga untuk menikah awal. Tetapi sementara masih bujang ini, berusaha lah sepenuhnya untuk mendakwahi keluarga kita.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintah
surah at-tahrim ayat 6
ya Allah,lindungilah diriku dan keluarga dari azab-Mu



Nota kaki:
Jangan jadikan nikah awal itu sebagai satu trend,atau kerana kita terpesona dengan ke’sweet’an gambar2 atau wallpaper gambar2 mereka yang nikah awl yang sering dipaparkan di fb/twitter/blog dsb. Ia suatu sunnah Rasulullah yang mulia. Ia menyempurnakan agama. Jika tidak mampu lagi(dari segala hal), rasulullah memberi alternatif puasa.



Glossari safa(mengikut ayat yang mudah difahami)
Akhwat- saudara perempuan
Mutabaah- amalan harian. Contoh: tahajud,istighfar,dhuha, tilawah dsb

4 comments:

  1. em..persoalan-persoalan yg perlu dijawab..

    ReplyDelete
  2. Agree...

    i wont let my family especially my mother know my future husband before they know ALLAH, ISLAM & AKHWAT.. =)

    *the goal has to be achieved!*

    perkara yg paling memerlukan kesabaran, bukannya tika dalam ujian tp ketika dalam kesenangan, yg sgt menggugah iman dan memerlukan kesabaran yang tinggi, sabar dalam mencari Rabb yg sebenarnya dekat...

    ReplyDelete
  3. syira_safie : sama-samalah kita menjawabnya
    ezan sahizzah : me too.. juz let Allah decide the time.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    ^_^ nice to read and absorb.. moga sama2 dapat amalkannya.
    Jzkk.

    ReplyDelete