Thursday, January 5, 2012

Berani kau panggil itu CINTA?!?!

Suatu ketika dalam abad 21 ini..

Hujan pada malam itu semakin lebat. Orang ramai yang berada di perhentian bas Bentong mulai pulang. Ada yang pulang dijemput oleh kawan dan ibu bapa masing-masing. Ada yang sanggup menahan teksi walaupun tambangnya agak mahal. Tetapi dek terdesak ,semua orang sanggup berbuat apa sahaja. Mohd Izdihar berada di situ semenjak 2 jam yang lalu. Kawan yang dinantikan untuk menjemputnya di bandar metropolitan itu masih belum lagi datang. Sudah di ‘miscall’ banyak kali,tapi operator telefon masih mengeluarkan ayat yang sama. Sejak tadi juga,dia memerhatikan seorang gadis yang berbaju kurung di penjuru stesen bas itu. Cantik, lemah lembut orangnya.

(note: sila jaga pandangan dalam melihat yang bukan muhrim,boleh rujuk surah an-nur ayat 30 dan 31. Bertaubat lah kepada sesiapa yang telah telanjur melihat perkara yang tidak sepatutnya sebelum ini. )
Entah kenapa hatinya berdegup kencang ketika melihat gadis itu. Tidak pernah dia merasakan perasaan sedemikian rupa. Orang ramai yang berada di situ beransur pulang, meninggalkan mereka berdua sahaja di situ. Hatinya mula tertanya-tanya tentang peribadi  gadis itu,siapa yang ditunggunya,di manakah dia tinggal?apa pekerjaaannya?

“Arghh,apakah aku perlu tahu itu semua?”Iz bermonolog dalam hatinya.

“Assalamualaikum,” Izdihar memberanikan dirinya.

“Waalaikumussalam,” jawab si gadis yang mula mengalihkan pandangannya kepada Iz.

“Awak tunggu siapa?” tanya Iz.

“Ayah saya,”  jawab gadis itu ,ringkas.

“ Saya masih baru di sini,saya dari Kelantan. Cari kerja di sini,” Iz tidak semena-mena memperkenalkan dirinya. Dirinya pun tidak tahu kenapa.
Gadis itu hanya tersenyum.
“Saya Iz,” tiba-tiba Izdihar memperkenalkan dirinya,tanpa segan silu.

“Saya amira, baiklah saya pulang dahulu,ayah saya sudah datang,”balas gadis tersebut.
Sebuah kereta BMW 5 Series berwarna hitam berhenti di hadapan mereka. Seorang lelaki tegap keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta untuk Amira.

Izdihar tergamam. Amira itu anak orang kaya rupanya.
Semenjak itu, Iz bercita-cita tinggi untuk menjadi orang kaya dan mencari Amira. Tidak kira apa yang terjadi ,dia mesti mendapatkan Amira. Itu azam tahun barunya.

Kebetulan di bandar metropolitan itu ,Izdihar mendapat peluang pekerjaan di syarikat yang dimiliki oleh ayah saudara Amira. Bertambah bersemangatlah dia bekerja. Semua itu hanyalah untuk seorang gadis, Amira.

Setelah berusaha keras , dia kini berjaya mendapatkan posisi yang agak tinggi di syarikat itu. Amira mula jatuh hati padanya dan akhirnya mereka bercinta dan mendeklarasikan  cinta mereka sebagai ‘COUPLE’.
Bagaikan belangkas,ke mana-mana sahaja pasti bersama. Berpegang tangan itu perkara biasa. Menonton wayang, bersiar-siar di pantai ,dan melakukan perkara-perkara yang selalunya ‘Couple’ lakukan termasuklah yang dilarang di sisi agama . Kebetulan pula keluarga Amira,jenis yang tidak ambil peduli tentang perkara-perkara sebegini. Alasannya, biasalah orang muda,sebelum menikah,mestilah berkenalan-kenalan dahulu...

(wahai ibu bapa sekalian , anak-anak sekarang dengan anak-anak era makcik pakcik dahulu berbeza. Cara mereka ‘berkenal-kenalan’ dengan cara makcik pakcik berkenalan dulu-dulu lain!)


***
Ribuan tahun dahulu..


Seorang pelacur yang terlalu cantik meletakkan harga untuk dirinya 100 dinar. Ramai lelaki yang terpesona dengan kecantikannya sehinggakan seorang abid yang melihatnya turut jatuh hati pada pelacur itu.

 Tanpa banyak bicara, si abid bekerja keras untuk mengumpulkan wang sebanyak 100 dinar untuk bertemu dengan si idaman hati.
Maka ditemuinya pelacur itu.

“Awak telah membuatkan saya jatuh cinta ,lalu saya bekerja keras hingga berhasil mengumpulkan wang sebanyak 100 dinar,” si abid menceritakan hal sebenar kepada si pelacur.

Ketika si pelacur mengajak si abid untuk melakukan zina, si abid bersetuju.
(note: zina adalah Haram di sisi agama, bertaubat nasuhalah kepada yang sudah terlanjur melakukannya.Naudzubillah min Zalik..)

Saat ingin melakukan zina, si abid teringat kedudukannya di hadapan Allah. Maka bergetarlah hatinya lalu berkata, “Biarkan saya pergi dan awak ambil sahajalah wang ini!”
Si pelacur terkejut dengan tindakan si abid.

“Apa yang terjadi dengan awak? Sebelum ini, awak mengatakan bahawa awak telah melihat saya dan jatuh hati dengan saya. Kemudian , awak pergi bekerja keras hingga berhasil mengumpul wang sebanyak 100 dinar. Tetapi ketika sudah mendapatkan peluangnya, justeru apa yang awak lakukan?”

“Kerana takut kepada Allah dan kerana kedudukan ku di hadapan Allah ,kini aku membenci engkau dan kau adalah orang yang paling benci!” jawab si abid.

“Jika apa yang awak katakan ini benar,saya tidak akan bersuamikan yang lain kecuali dengan awak!” tegas si pelacur.

“Biarkan aku keluar!”

“Tidak! Hingga awak berjanji mahu menikahi saya…” desak si pelacur.

“Tidak, sebelum aku keluar, aku tidak mahu berjanji,”tegas si abid.

“Baiklah,tetapi jika saya menemui awak, awak wajib menikah dengan ku…” kata si pelacur.

“Semoga sahaja.”
Abid itu kemudian mengenakan pakaiannya lalu pulang ke negerinya. Sementara itu,pelacur itu pun menyusul dengan hati yang taubat dan menyesal atas apa yang dilakukan .
Kemudian,wanita itu pergi mencari si abid sehinggalah tiba di negeri si abid. Di sana dia menanyakan nama dan rumah si abid.

“Seorang ratu mencarimu,” orang-orang memberitahu si abid.
Ketika melihat wanita itu, si abid jatuh pengsan dan langsung mati dalam pelukan wanita itu. Wanita itu berkata,”saya gagal menikahinya,apa dia mempunyai kerabat?”

Orang-orang menjawab,” Ya. Ia mempunyai seorang saudara laki-laki”

“Saya akan menikahi dengannya kerana cintaku pada dia ini.”
Wanita itu kemudiannya bernikah dengan saudara si abid dan berhasil melahirkan tujuh nabi.

[Rujukan : “Kisah umat terdahulu” dalam buku Menuju SurgaMU]


______________________________________________________________________

 Dua kisah yang ringkas tetapi sangat bermakna bagi saya.kedua-duanya kisah cinta. cinta yang melibatkan 2 jiwa.kedua-duanya menceritakan tentang pergorbanan dan kesungguhan demi mendapatkan cinta masin-masing. cuma saya kira orientasi cinta itu yang berbeza. 


orientasi nafsu vs orientasi iman.
orientasi nafsu menuju neraka.
orientasi iman menuju surga dan ridhaNya insyaaallah.

Keterlaluan kah saya meletakkan arah tuju cinta tersebut?

orientasi nafsu ...


orientasi iman ...





Sabda Rasulullah S.A.W “Dikahwini wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana cantiknya dan kerana agamanya. Maka nikahlah dengan wanita yang beragama nescaya engkau beruntung.”
 (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

No comments:

Post a Comment