Thursday, January 5, 2012

aku,lelaki itu dan rokok?


Di keheningan suatu malam dalam bulan Disember 2011, aku sedang berbual bersama adik perempuanku menerusi laman sesawang yang sangat diminati ramai pada zaman ku ini iaitu Facebook.

Namaku Safa     : salam Chinta.woot2~
Chinta Sayang   : waalaikumussalam.
Namaku Safa     : watper?
Chinta Sayang   : Coco Girl..
(Cocogirl adalah salah satu permainan untuk budak perempuan yang kebosanan macam adikku ini J)
Namaku Safa     : Sengal la ko ni. X abes dgn cocogirl ko tu, mak   
                  wat per?mak chat?
(setiap kali aku menghubungi keluargaku, mesti kesihatan yang akan ditanyakan terlebih dahulu kerana mak mengidap pelbagai jenis penyakit. Semoga sahaja Allah merahmatinya.)
Chinta Sayang   : mak kata mak sihat je. Dia tgh duduk2
Namaku Safa     : oo..
Chinta Sayang   : ee.. eh kakak, ari tuh aku jumpa rokok dalam 
                  bekas pensil Khairul.
(Khairul adalah adik lelaki aku, dia ni tidak habis-habis buat masalah. Semenjak tadika lagi, dia memang tidak minat belajar lagi. So, keputusan peperiksaan nya memang so-so saje la. Dulu aku rapat dengan dia, minum slurpy kat padang sama-sama, dia pernah cerita masalah peribadi nya pada aku selepas dipaksa oleh aku, but now everything has changed.)
Namaku Safa     : Ooo.. dia merokok lagi ke? Ko beritahu mak ke?
Chinta Sayang   : mesti la aku beritahu mak.
Namaku Safa     : lepas tu, mak wat pe?
Chinta Sayang   : mak ngadu kat abang nizam, mak mintak suruh 
                  nasihatkan Khairul. Ko tau la kan khai tu,kalau
                  mak cakap pun bukannya nak dgr pun …
Namaku Safa     : hurm,aku ajak KRS pun dia taknak gi,leh jumpa  
                  member2 aku yang baik2 skit kat …
Perbualan kami berterusan …
***
Kepala otak ku sedikit berpinar-pinar bila tahu adikku masih merokok lagi.
Geram.Sedih.Kecewa.Terkilan. air mataku bergenang.

Sebagai seorang kakak yang prihatin dan mencintai adiknya,aku pun...

2   1.       Cari kat Google “ cara-cara mengatasi adik lelaki yang merokok”

Aku tengah buntu masa ni, so memang ni cara terpantas  yang aku lakukan. Dan keluar la result google yang langsung tak membantu.


2   2.   Tanya kaum sejenis dengan adik aku.(bhs skema digunakan dan pengunaan noktah turut dikawal.   
          Perbicaraan juga harus lebih tegas. ~~)

Safa  :  Salam, maaf menganggu. Macamana hendak mengatasi   
         budak lelaki yang baru merokok?
Lelaki Baik  : Wslm. Aku pernah kenal seorang. Sebelum budak 
             tu join usrah. Yang penting  cita-cita dan azam 
              yang kuat. Budak yang aku kenal tu dah berenti  
             tanpa ada masalah dan ketagih apa-apa. Adik ko 
              tu ke?
(yang ni aku pun tahu, dalam kempen jangan merokok pun ada cakap..rileks2, ko yang nak cari
solusi kan.. )
Safa  : Ya. Adik aku. 
Beberapa mesej diteruskan (hal yang berkaitan sahaja yang dibicarakan) dan akhir sekali
 mesej yang diberikannya..
Lelaki baik : Abang dia macam dia juga ke?kena ada seseorang  
              yang mampu mempengaruhi dia. Ko jangan pula 
              bersikap sampai dia rasa semakin jauh dengan 
              ko. Kalau ko bagi dalil kuat mane pun , kata 
              rokok tu haram pun, dia takkan berubah kalau     
              dia taknak. Banyakkan bersabar, berdoa, dan 
              cuba dekati dia sampai dia rasa dekat dengan 
              ko. Yang paling penting DEKAT DENGAN ALLAH.
Safa        : Ok ,terima kasih. Salam.

Duish! terkena sebijik aku. Ya Allah, bagaimana aku boleh terlupa dalam perkara-perkara ni.
Bukan kah Allah yang pegang hati manusia-manusia ?
Di manakah kebergantunganku pada Allah...Allahu robbi 
” Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”
[ Al-Baqarah 2  : 153]

          3. Mengadakan CURHAT bersama akhwat yang dirasakan lebih tsiqah.

Safa :  izah,akak ada masalah sikit la..tapi tak tau nak cakap mcmane.
Izah :  apa kak? Ce cite.ce cite
Safa :  akak tak tahu la patut ke akak crite kat izah. pasal adik akak la..dia buat perangai lagi.
Izah :  dia buat ape kak?
Safa :  dia buat something yang tidak sepatutnya. haduish cane ye? tak tau nak bagi tau ke tak ni.
Izah :  Ye la kak,dia buat ape? dia ponteng?
Safa : Yang tu memang keje dia. teruk sikit.
Izah :  Ye la ,teruk tu teruk mane? dia kapel?
Safa : ala,kapel tu dah memang dia. teruk lagi dari tu.
(note: Bercouple itu sesungguhnya dilarang di sisi agama. Bertaubat la pada sesiapa yang telah terlanjur bercouple - surah al isra ayat 32)
Izah : Habis tu, takkan berzina lak?
Safa : WHOISH! melampau la tu zah.
Izah : habis tu ape kak? baik akak beritahu je sebelum saya teka yang dasyat-dasyat lagi kak. 
Safa: ok ok. Adik akak yang Khairul tu merokok ..
(Ok, sila lihat respons Izah~~)
Izah : Ala,ingat kan buat apa tadi. merokok ker.hurm..(dgn muka selamba)
(rasa macam nak terguling-guling melihat reaksi izah)
Safa : Zah!! Merokok tu haram kot! 
Izah tergelak kecil.
Izah : kak, 2 abang atas saya perokok tegar kot kak. dah kahwin tu. Maksud saya, Merokok tu memang 
         lah haram ,tapi mana la diorang ni kisah pasal mende2 ni. Kerajaan pun suruh berhenti merokok sebab 
         atas faktor kesihatan,bukan atas faktor agama memang dah melarang!
Safa : Betul gak tu zah.
Izah : Pendekatan pada orang biasa lain kak. Terutamanya pada family sendiri. bukan macam menegur     
         ikhwah kak..sebab tu la kita ditarbiyah kak!
Safa : ye tak yer,tapi akak buntu la zah. akak dah makin tak rapat dgn dia.
Izah : tu la kak, first2 sekali akak kena la rapat dengan dia. supaya dia tsiqah ngn akak.

Perbualan diteruskan dan beberapa solusi dibincangkan.

***
Di rumah..

tidak banyak yang boleh aku lakukan dengan adik lelaki aku walaupun aku di rumah, dia buat part time job dari pagi sampai petang.
apabila malam menjelma pula, dia akan ke cybercafe untuk bermain  Warcraft bersama abang ku..
(ok, abangku kisahnya lain pula .next episode baru diceritakan.)
Kesimpulannya,aku hanya mampu berdoa..tapi aku terus berusaha mencari waktu yang ada untuk berbual dengannya.

di penghujung disember 2011, khairul baru mendapat duit pertama gajinya.

safa : ko nak wat ape dengan duit gaji ko ni?
khairul : banyak mende la, bela(baiki) moto aku, bayar hutang , NIKOTIN...
(Alhamdulillah Ya Allah, bantulah aku dalam mendakwahi keluargaku..)

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.


(QS. at-Tahrim [66]: 6)





THE END






1 comment: