Tuesday, January 3, 2012

Tarbiyah cintaMu (eps 1)


Terlihat seorang gadis manis bertudung duduk di hujung kedai makan Nasi Ayam Pak Teh sambil menekan-nekan butang telefon bimbitnya. Amir datang ke meja gadis itu dengan wajah bersinar-sinar.

“Ye cik, mahu order apa?”sapa Amir sambil tersengih-sengih yang berpura-pura berlagak seperti seorang pelayan restoran.

“ha, takpek la..”gadis itu menjawab dengan basa-basi tanpa melihat wajah Amir kerana benar-benar menganggap orang yang menyapanya itu adalah pelayan di kedai itu.

“Betul ni cik?”Tanya Amir semula.

“Betul la….hei Amir! Ko ni main-main lak,sengal gila. Blah la wei!” marah gadis tersebut apabila mendapat tahu ‘pelayan’ itu rupa-rupanya Mohd Amir Danial Dato’ Saifuddin, anak CEO Syarikat Tunas Jaya Holding.

“Ala,rileks la Diah. Ko ni baran la,sebaik la cute..haha” Amir dengan selamba membalas kepada Nadiah Farhana Ahmad Nyambut.

 Mereka memang kawan rapat semenjak tingkatan lima. Saat Diah mendaftarkan diri menjadi pelajar baru di SMK Puncak Alam, Amir yang mula-mula mendekati dirinya dan menawarkan diri untuk menjadi kawan baiknya. Spm baru sahaja berakhir. Mereka sudah mendapat keputusan masing-masing. Nadiah mendapat keputusan yang baik sehingga dia mendapat 3 tawaran belajar manakala keputusan Amir agak kurang baik dan hanya melayakkan dia mendapatkan tempat di sebuah university tempatan.

“Amir, I have something to tell you. But I not really sure this is a good news or bad news ” jelas Nadiah perlahan-lahan.

“apa dia? Sure it’s a good news kalau datang dari ko kan sweetie? “jawab Amir sambil tersengih nakal.

“Aku serius ni. Ni ha, aku dapat offer dari UTePi  , course chemical.dapat sponsor Shell .”jelas Diah lagi sambil menunjukkan offer letter yang baru sahaja diterimanya pagi tadi.

“Oo ye ker…” Amir terkesima sebentar. Dia tidak tahu apa respons yang harus diberikan kepada gadis itu.

Jauh di sudut hatinya, dia tahu dia sudah jatuh cinta pada gadis itu. Dia pun tidak menyedari bila dan di mana cinta itu mula berputik. Sampai sekarang dia belum melafazkan apa yang terpendam dalam hatinya itu.Kerana dia takut ,Diah akan menjauhkan diri daripadanya. Dia rela memendam perasaannya itu daripada berjauhan dengan Diah. Itu lebih menyakitkan bagi dirinya. Tetapi, kini episod hidup mereka bakal berubah. Dan amir menyedari akan hakikat itu..

“Bagus la cam tu. Ko kan memang dah mengidam lama kan masuk UTePi, mak ayah ko pasti suka kan?” Amir cuba menyembunyikan perasaannya yang mula bercelaru itu.

“Huh? Ha ah. Memang dah lama aku nak masuk UTePi, since Form 1 lagi, Cuma…..” jawab Diah sambil mengalihkan pandangannya ke luar kedai.

“Cuma apa Diah? It’s your chance Diah!..”celah Amir, cuba memberi semangat yang palsu pada Diah sambil mengetuk kepala Diah dengan menggunakan kad menu kedai makan itu.

Nadiah Farhana bukannya tidak mahu menerima tawaran keemasan itu,tetapi dia mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna bagi dirinya dan amir. Dia sebenarnya berharap agar dapat meneruskan pengajian di universiti yang serupa atau berhampiran dengan universiti Amir nanti. Kerana jauh di sudut hatinya juga, dia mencintai lelaki yang berada di hadapannya ini.

“Ha ah kan! Baik aku pergi je. Plus, dapat sponsor. Ye la, aku bukannya kaya macam orang kat depan aku ni. Anak orang kaya, nak mintak mane mane ,confirm dapat “ Diah cepat membuat konklusi.

“Ha tu la pasal! So nanti jangan studi baik baik kat sana. Jangan cari lain lak” gurau Amir.

Aku nak jumpa ko last before ko pergi – Amir
Diah setuju dan akhirnya mereka berjumpa di tempat biasa mereka berjumpa, Perpustakaan Awam Puncak Alam.
“aku ada mintak GMI, sana ada diploma Engineering. Kalau ada rezeki nanti, boleh apply degree kat UTP..”jelas Amir.
“Ye ke,ooo..baguslah. Untung-untung jumpa lagi. Kalau ada jodoh,..” balas Diah.
Tanpa mereka sedari, itulah pertemuan mereka yang terakhir..
***

Hari pertama Diah di universitinya. Segala-galanya berjalan dengan baik. Pendaftaran, suai kenal, kakak-kakak dan abang-abang fasi yang baik,kediaman yang baik dan suasana yang baik.
Minggu orientasi berlaku selama satu minggu. Dia semakin yakin dengan pilihan yang dibuatnya setelah berbincang dengan kedua orang tuanya. Dan yang paling penting, mendapat semangat daripada Amir ,sahabatnya sendiri. Hari terus berlalu. Diah sering menghantar pesanan-pesanan ringkas kepada Amir melalui emel dan Facebook. Gambar-gambar turut dimuat turun agar Amir boleh melihat dirinya dan sekitar kampusnya.
Pada suatu ketika, sedang dia leka ber’chatting’ dengan Amir, tiba-tiba dia terdengar suara student melaung-laung Al-Mulk berulang kali di arasnya. Beberapa minit kemudian, ada orang mengetuk pintu biliknya …
(bersambung)


No comments:

Post a Comment