Tuesday, May 17, 2011

what make us difference?

"kakak kakak ni macam takdek life,"luah seorang pelajar perempuan kepada murobiyahnya.

Murobiyahnya tersenyum . Jauh di sudut hatinya berkata," Andai kau tahu betapa indahnya kami melalui jalan ini, pasti kau akan ikut serta ,ukhti. Kami yakin dengan janji Muhammad,kami yakin dengan janji Allah...."

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[as-saff ayat 10 dan 11]


murobiyahnya dahulu pun begitu,sebelum disentuh kemanisan tarbiyah. Persepsi terhadap mereka yang bertudung labuh ,berkopiah dan apa apa yang menjurus kepada islamik,baginya mereka semua ini terlalu ekstrem dengan Islam. Baginya,bertudung labuh itu nampaknya selekeh,hipokrit dll.

kini,insyaallah dia kini yang turut bersama-sama menggerakkan dakwah Islam itu sendiri.Alhamdulillah.

***Apa yang membuatkan kita berbeza?***

saya fikir tarbiyah itu mengubah cara pandang saya terhadap sesuatu. Tarbiyah bukan menyempitkan cara saya menterjermahkan sesuatu hal,bahkan membuat saya berfikir dari sudut pandang dunia dan akhirat. contohnya, menghadiri kuliah. Misalnya,kenapa saya menghadiri kuliah "Fluid Mechanics" yang diajar oleh En Zamri? kerana itu amanah Allah yang harus saya pertanggungjawabkan apabila Dia menetapkan saya sebagai pelajar kejuruteraan kimia di UTP. Justeru, saya tidak boleh melalaikan amanah itu.

Tarbiyah juga membuat saya berasa concern dengan persekitaran saya, sahabat-sahabat saya,saudara-saudari saya seislam saya. Kalau mungkin sebelum ini, saya tidak pernah kisah dengan apa yang terjadi di Palestin. Namun kini, saya lebih rajin melayari web2 yang menunjukkan info tentang mereka.



sebenarnya,umat Islam di Malaysia kini boleh dikatakan sebagai " trapped in comfort zone". merasakan negara yang didiami sekarang ini terlalu aman, sehingga tidak perlu berbuat apa-apa. sama ada tidak boleh atau tidak mahu,keputusannya sama sahaja...
KITA LANGSUNG TIDAK BERBUAT!!

mungkin kerana rumah sendiri belum lagi dibedil oleh machine gun, atau peluru berpandu,barangkali kerana masih belum ada ahli keluarga yang mati ditembak oleh rejim-rejim musuh Islam.
YA !Barangkali itu!

Kenal tidak Justin Bieber?
seorang pemuda dari Kanada yang sangat berbakat besar dalam bidang muzik dan telah ditemui di laman You tube oleh seorang pengarah muzik. Dalam sekelip mata ,dia telah berjaya 'memukau' peminat dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Kefanatikan segelintir rakyat Malaysia terhadapnya semakin terserlah sehinggalah baru-baru ini justin telah datang untuk membuat konsert di Malaysia. Hampir 17000 penonton yang sanggup hadir membanjiri Stadium Merdeka 21 april lalu. Malah, sebaik diumumkan penyanyi kelahiran Ontario, Kanada, ini bakal mengadakan konsert di ibu kota, Januari lalu, semua tiket berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual.

Foto

ini realiti yang harus kita hadapi. pemuda - pemudi kita mahu menghabiskan masa remaja mereka selayaknya yang mereka rasa, yang mana mereka rasa fasa remaja hanya datang sekali. ya! memang sekali. sekali itu itu tidak bermakna kita sebagai remaja harus menggunakannya menurut nafsu syahwat kita.

“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”
[HR Tarmizi]

Waktu muda sekarang la waktu kita kena all out untuk akhirat kita. studi kena mantap,ibadah kena mantap, dakwah kena mantap!dengan izinNya...


saya fikir ini yang membuatkan kita berbeza. berbeza bukan kerana apa,tetapi kerana kefahaman kita dengan Islam. dan bagi mereka yang memahami Islam, tidak ramai pula yang sanggup berkorban untuk Islam itu sendiri,baik dari segi waktu,tenaga dan wang.

Berapa ramai yang sanggup meninggalkan movie,konsert2,kawan-kawan " for fun" mereka untuk memberi pengisian/usrah di tempat pengajian mereka ?

Berapa ramai yang sanggup menghabiskan duit untuk follow up mad'u sekolah tiap tiap minggu dan kemudiannya sanggup mengikat perut masing-masing?

**LAST WORD**
berapa ramai yang sanggup keluar syurga untuk tinggal di neraka? Wallahualam.

sekali lagi, cara pandang kita berbeza..
then,istiqamahlah sampai nafas mu yang terakhir...

No comments:

Post a Comment