Sunday, August 29, 2010

pernahkah kita cuba?



sesetengah berkata dalam mana kita cuba membuat perubahan,semuanya bergantung pada diri.
kalau diri kuat,maka mudahlah anjakan paradigmanya
kalau diri lemah ,buat ape pun tetap tak guna

kebenaran??
****************
tanpa saya sedar, hampir setahun lebih saya bergelar student UTP .
itu juga bermakna hampir setahun lebih saya ditarbiyah dengan sistem halaqah
macam macam pengalaman dihadapi sepanjang proses pembaikan ini..

masih saya ingat lagi, saat pertama ingin beli tudung bidang 60..
abang perli,"aik! tetiber jer ko ni kak. masuk persatuan tudung labuh ker"..die tersengih2 sorang.
saya diam dan senyum.

masa minggu aluan siswa(MAS) ,faci2 kata KAPEL ITU HARAM.
saya diam dan fikir.
esoknya ,saya call 'dia'. saya tekad nak clash.
saya tukar nombor baru.

cuti mid sem bermula.
kawan kawan lama ajak jumpa.
bile jumpa kat kfc,
diorang terkejut. "wah ,dah baik dah faiz ni. "
saya tak pasti itu pujian atau sindiran. husnu dzon jer la.

di rumah,saya pakai tudung bila nak keluar jemur kain.
adik tegur." ala,akak ni. kat rumah pun nak pakai tudung."
dengan adik takkan nak diam jer.huu.
saya senyum sambil berkata,
"manis, rambut ni aurat tau tak walaupun nak keluar sekejap jer. tapi orang tetap nampak kan?"

*************************

saya tidak nafikan, bagi insan yang bernama faiz, tidak sukar baginya untuk melakukan perubahan,
tapi sangat sukar baginya untuk mengekalkan perubahan itu.

PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT

saya mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling.
alhamdulillah Allah takdirkan saya di UTP
antara Jerman,UM, dan UTP dan semuanya engineering.akhirnya,saya memilih UTP.

Saya tidak nafikan ketika mengambil keputusan untuk berubah, banyak lagi perkara jahil yang masih dilakukan..

*tidak menjaga ikhtilat
*tidak menjaga hati
*suka bershopping
*melakukan perkara lagha(tgk movie etc)
*dll
kesimpulannya, pemakaian saya langsung tak mencerminkan seorang muslimah sejati.

PAKAIAN TAKWA ITU LEBIH BAIK....

di situ wujudnya sistem halaqah untuk renew niat dan hati..


TARBIYAH ITU SUATU PROSES KEHIDUPAN

sesetengah orang,dakwah nya hanya berjalan ketika menjadi seorang student universiti
sesetengah orang,dakwahnya berjalan ketika menjadi BADA di sekolah
sesetengah orang, peluang dakwah terbuka cerah, tapi tak pernah make full use of it.
sesetengah orang,berubah kerana manusia

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.(hadis pertama dalam hadis arbain)



CUKUPKAH HALAQAH ?
waduh2, mana cukup sih!!
halaqah itu the main thing that we should have tapi itu tentu sahaja tidak cukup.
maka wajib lah bagi kita untuk datang program ,daurah, jaulah, rehlah dsb.
mengapa ya?
kerana halaqah itu sekadar berteori sahaja

"ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH"

manisfestasi dan praktikal nya dirasai ketika program dsb.
dan Insyaallah janganlah kita berislam ketika di program atau dalam halaqah sahaja

kerana tujuan berprogram itu sendiri adalah untuk memaksimakan penghayatan dan pengamalan islami dalam kehidupan kita. bunyi nyer mudah tapi nak buat sangat lah payah.

last word from me: in every thing u want 2 do , remember Allah.
purify you intention -do something to get HIS blessing
remember 2:265:

"DAN PERUMPAMAAN ORANG YANG MENGINFAKKAN HARTANYA UNTUK MENCARI REDHA ALLAH DAN UNTUK MEMPERTEGUHKAN JIWA MEREKA,SEPERTI DATARAN TINGGI YANG DISIRAM HUJAN YANG LEBAT ,MAKA KEBUN KEBUN ITU MENGHASILKAN BUAH-BUAHAN 2 KALI LIPAT..."


p/s:cetusan ini ditulis ketika di foundation lagi sbnrnya(asif jiddan kalo mungkin ape yang ditulis ade ketidakmatangannya)




1 comment:

  1. Salam.

    Wah, sangat matang la faiz.
    Teruskan menulis. InsyaAllah banyak manfaatnya buat semua.

    ReplyDelete