Wednesday, August 10, 2011

[Ramadhan] sejauh mana?

11 hari sudah berlalu.
11 hari yang bukan seperti 11 hari dalam bulan-bulan biasa.
11 hari ini , bulan Ramadhan .
every single second in ramadhan is special. once you miss it, u will regret it..

detik terus berlalu. saya merenung jadual target Ramadhan saya.

1 juzuk sehari....selawat 100 kali sehari....tahajud setiap hari.. habiskan buku sirah 60 sahabat...
Masih banyak yang tidak di'tick'..
saya merenung kertas yang telah saya tampal pada loker saya..

" Ya Allah, maafkan saya kerana tidak memanfaatkan nikmatmu.."hati ini berdetik.

Liqa dengan anak-anak halaqah rasa tidak sampai ke jiwa mereka. Pelik. Apa puncanya..

" Ya Allah, janganlah kifarah dosaku menutup pengisian ku untuk sampai ke mata hati mereka" hati ini terus bermunajat.

***

Today i learn something.

Target sahaja tidak mencukupi. Ia harus diiringi dengan disiplin dan manajemen waktu yang sangat baik.

Saya sangat beruntung dikelilingi manusia manusia yang sangat hebat.
Setiap satu ada kelebihan tersendiri,

ada ikhwah yang sangat fasih berkata-kata sehinggakan boleh menjadi motivator di sekolah-sekolah,
ada akhwat yang sangat excellent dalam akademiknya,
ada ikhwah yang sangat hebat penulisannya,
ada akhwat yang sangat kreatif ideanya..

bagaimana mereka boleh membahagikan masa antara ibadah,study dan dakwah?

TIADA APA YANG MUSTAHIL.

what should we do?

1. Berbuat lah kerana RABB mu

Masa zaman sekolah dulu, kita sanggup belajar bersungguh-sungguh sebab parents kita sudah bersusah payah bekerja dan tanggung kita segala.hurmmm.
Have we ever think how much Allah has provided us for our whole life?
kenapa ya kita tidak solat sungguh-sungguh walhal Allah mengizinkan jantung kita untuk berdegup setiap saat?
Kenapa ya rasa malas hendak belajar walhal itu amanah Allah untuk kita dengan mengizinkan kita belajar di UTP?
Kenapa ya rasa malas hendak ajak kawan-kawan datang ke majlis pengisian walhal Allah memberi nikmat tarbiyah pada kita?
Kenapa ya?kenapa ya?

2. Matlamat harus jelas
Sekiranya kita hendak belajar, apa tujuan kita hendak skor?
Sekiranya kita hendak berdakwah, apa tujuan kita?
Sekiranya kita hendak bekerja ketika cuti semester, apa tujuan kita?
Kerana apa. Ini untuk memastikan kita terus berada di landasan yang benar. Mengerti tentang fokus itu sangat membantu dalam mencapai apa yang kita mahu.

3. Disiplin dan pengurusan waktu

Sejauh mana pun azam kita ,walaupun seteguh gunung Kinabalu pun , tetapi jika tidak disertai dengan disiplin . Matlamat itu tidak akan sampai ke puncaknya.

4. Terus la berdoa pada Tuhanmu!

Mohon lah Allah tentukan yang terbaik untuk kita.





"......Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...."
(surah Ar'Rad ayat 11)

Hendak melakukan sesuatu yang besar, kita kena ada MINDA dan JIWA yang besar
(En Hilal Asyraf,2011)

No comments:

Post a Comment